Countdown 4 Hari Lagi Program 06 Ogos 2022

Countdown 4 Hari lagi program

06 Ogos 2022 di Alor Setar, Kedah

Seminar Survival dan Kemampuan Keusahawanan

Sebelum sesuatu program bermula, sessi pendaftaran adalah satu proses yang sangat penting dalam memastikan bahawa urusan "sign in" berjalan lancar. Di sini lah di impementasikan kaedah daftar secara QR Code yang mempercepatkan proses tersebut. Khidmat Vendor yang telah establish dalam sistem yang berkaitan telah digunakan untuk melancarkan proses pendaftaran tersebut.

Pendaftaran di hujung jari kita sahaja dengan menggunakan smartphone masing masing. Namun begitu ada backup juga dilakukan oleh sekretariat bagi usahawan yang tiada smartphone dan menggunakan phone seperti Nokia 3310, Nokia 8250 ke. Hehehe.
.
Bunting dan Banner disusun merata di dalam dan di luar dewan adalah bagi memastikan sumber saluran komunikasi tidak terputus andai sekretariat yang bertugas tak menang tangan.
.
Mengendalikan pendaftaran hampir 300 usahawan dalam tempoh yang singkat mungkin adalah mudah bagi sesebuah syarikat event management. Bagi Mentic Chamber sebagai sebuah NGO usahawan dan jurulatih industri, Sekretariat yang bertugas akan menggunakan kemahiran pelbagai latarbelakang masing masing untuk digunakan bagi memastikan kejayaan dan kelancaran program.
.
Hadiah cabutan bertuah dan hamper merupakan satu elemen penting dalam sesuatu program dijalankan sebagai daya tarikan. Ianya bakal diserahkan kepada mereka yang bertuah dan berjaya . Kita datangkan produk tersebut daripada produk usahawan itu sendiri dan juga 14 Vendor yang terlibat.
.
Dengan kaedah ini secara tak langsung, circle of product akan berlegar di sekitar mereka sendiri dan direct networking dan engagement boleh berlaku secara langsung dan direct.
.
Vendor daripada Syarikat pelbagai industri yang telah kukuh seperti mempunya beratus cawangan dan telah ada kapasiti eksport antara yang turut mengambil bahagian di dalam program. Agensi kerajaan yang berkait rapat dengan usahawan turut dijemput terlibat untuk mendekati para usahawan.
.
Program di Alor Setar khabarnya akan tambah menarik dengan penyertaan telah disahkan seramai lebih 200 usahawan.
.
Usahawan Utagha... kita jumpa nanti.

Usahawan Ganu pula, kita jumpa 20 Ogos 2022

#mysesku