11 45 Am 02 Ogos 2022 Penonton Filem

11.45 am
02 Ogos 2022

Penonton Filem Mat Kilau Ke 100 Juta kutipan tayangan ???

Biasanya yang menonton filem Mat Kilau akan complete datang dengan memakai tanjak beserta lengkap sesalinan pakaian persilatan melayu.
.
Namun begitu pada saya, tanpa identiti berkenaan pun, jiwa kepahlawanan itu sebenarnya boleh datang juga iaitu hadir dari hati dan sanubari individu tersebut.

Ada yang Tanya saya kenapa baru sekarang pergi tengok dan tengok ketika show waktu Pagi Dan hari biasa pulak tu?

Jawapannya mudah sahaja

1. Probability orang tak ramai menonton di waktu Pagi Dan hari biasa tu adalah tinggi . So boleh menonton dengan tenang serta agak mustahil untuk ticket tu sold out.
2. Menonton pula di mall yang memang mall nya kurang pengunjung. Jadi mungkin ala2 confirm juga tak ramai orang yang akan datang tengok Filem ni
3. Yang ketiga ini sangat penting dan amat crucial. Kalau awal2 lagi dah pergi tengok, nanti pasti punya akan mengalami masalah lenguh leher dan tengok movie pun tak tenang kerana akan adanya gangguan oleh tanjak orang di depan yang mengaburi pandangan keseluruhan pandangan cerita. Hahaha

Apa yang bestnya cerita ni sampai dah nak cecah kutipan pecah panggung pecah rekod 100 Juta kutipan?

Ok saya jawab dari sudut pengamal Filem (pernah berada di dalam industri selama berapa tahun ketika satu masa dahulu) Dan dari sudut pandangan masyarakat serta individu secara amnya.

1. In general of course rakyat Malaysia amat dahagakan akan kualiti masa untuk tayangan filem di pawagam dan excited pula untuk penuhi masa itu ketika di saat pasca pandemik dan berada di dalam era Norma baru keluarga Malaysia .

Persoalan lain pula timbul di sini.
Alahai banyak je kan tayangan Filem Filem lain namun kenapa tak meletop kebaboom kutipan tayangan seperti Filem Mat Kilau pulak?

Persoalan ini terjawab apabila
1. Of coz disebabkan oleh Marketing, marketing dan marketing yang berkesan. Sesebuah produk itu waima bagus macamanapun andai orang sekitar tak tahu dan tiada pemasaran berkenaan dilakukan, maka akan kita sorang2 je lah syok sendiri layan "kebagusan" produk tu.

2. Bila marketing sudah bagus, Maka elemen2 lain secara tak langsung akan menokok tambah menambah rencah rasa dan perisa akan kebagusan sesebuah produk itu. Dalam kes ini adalah merujuk kepada Filem Mat Kilau.

Maka terkaitlah pula akan kisah Filem ini ditayangkan amat bersesuaian dengan isu semasa yang menyentuh sensitiviti keagamaan dan perjuangan bangsa contohnya.

Ianya juga sesuailah dengan kesinambungan legasi sentuhan magis nama Syamsul Yusoff sebagai pencorak pengolahan penceritaan kebangkitan pahlawan ceritera Filem Mat Kilau.

Bila melihat kepada sudut teknik sinematografi bagi sebuah Filem keluaran tempatan dengan budget yang ada, semestilah Filem inj berada pasa satu tahap dan levelnya yang tersendiri.

Jika penerbit mempunyai peruntukan berpuluh Juta untuk penghasilan Filem seperti ini di masa akan datang, maka banyak lagi adegan mendebarkan Dan mencemaskan boleh dipertintonkan di samping pengembangan watak dan olahan cerita akan lebih bertambah mantap lagi.

Saya pada mulanya amat teruja untuk melihat tang mana kehebatan lakonan yang Dato Adi Putra memainkan peranan sebagai teraju Utama di dalam Filem ini.

Pada saya beliau dapat memainkan watak dengan baik sekali dengan memiliki karektor seorang pemimpin yang tenang , forward thinking , bijak membuat perancangan, rencana dan peluang walaupun di kalangan rakan beliau sendiri ada yang mengatakan bahawa beliau seorang yang lemah dalam membuat keputusan.

Watak beliau di dalam Filem ini yang dipacu sebegitu rupa telah menyebabkan macam seolah olah beliau agak sedikit stuck dalam membawakan watak Mat Kilau dan ada seperti sedikit terkurung dalam untuk mengekspresikan diri sebagai suatu lambang kepahlawanan yang unggul.
Ada Mungkin juga karektor Dan watak sebenar Mat Kilau adalah sebegitu rentaknya di Dunia sebenar.

Pembawaan ini adalah amat berbeza sekali dengan watak Beto Khusairi Dan Fatt ah Amin yang sangat wow superb dari segi ekspressi pergerakan tubuh badan mahupun segala pertuturan bahasa badan dan gerak geri persilatan yang kalau perasan tumpuan episod pertarungan dan tumpuan kamera pun banyak tertumpu kepada kedua watak ini terutamanya pada scene pertarungan besar akhir. Mereka seolah olah sangat bebas dan lepas dalam pembawaan watak ini seperti seolah olah mereka adalah watak tersebut dan penjiwaan watak tersebut seolah olah telah sebati dengan diri dan itu adalah sifat mereka.

Ending Filem yang tergantung sebegitu sudah agak sinonim dengan Filem arahan Syamsul Yusoff yang kebiasaannya akan ada sambungan selepas itu.

Ingatkan selepas habis sarikata penamat Filem akan keluarlah ala2 teaser kemungkinan teaser Filem akan datang.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, sekali habis je ayat terakhir, lampu pawagam pun menyala.Haha spoil sungguh. Tak ada daaaa.

Ramai orang post di media sosial bergambar dengan berpakaian lengkap sebagai pahlawan selepas menonton Filem ini.

Namun begitu ia tak menghalang saya ambil gambar juga.

Terasa lapar lepas menonton Filem Dan sementara masih dalam semangat pahlawan, Maka terus ke kedai Cik Melur untuk menjamah makanan tengahari. Sib baik bukan nama restoran tu nama restoran Cik Kiah iaitu nama sama seperti isteri wahid yang mati dihantam kuncu kuncu inggeris.

Itu lah serba sikit naratif ringkas coretan saya selepas menonton Filem Mat Kilau. Hehe

Anda pula bagaimana?

#MatTam