Ada 2 Tempat Breakfast Yang Fully Recommended Iaitu

Ada 2 tempat breakfast yang fully recommended iaitu Lontong Haji Salim Dan Warung Lempeng Sedap di Parit Raja ni. Dua Dua tempat jaraknya berdekatan sahaja dengan tempat penginapan.
.
Fikir punya fikir sebab kedua kedua jenis makanan tu menang makanan peberet, maka selepas timbang tara, decide ke Lempeng Sedap. Yesss

Lempeng Kelapa, Lempeng telur tampal , lempeng biasa antara menu yang boleh dipilih.
.
Menu lain ada juga seperti roti jala, nasi goreng serta lain2 .

Pelbagai jenis kuah beserta isi boleh di nikmati bersama. Saya memilih sambal kerang Dan Kari Kaki ayam. Memang marvellous dan sangat puas hati dengan rasa kedua Dua menu berkenaan.

Untuk datang ke sini search je maps Warung Lempeng Sedap

Awas !!!

1. Datang hari minggu memang pack dan ramai orang
2. Kedai tutup pada hari Rabu
3. Jam 6-7 pagi dah buka dan tutup dalam jam 12.30 tengahari