Siapa Top 3 Presenter Pilihan Saya Speaker Atau

Siapa Top 3 presenter pilihan saya !!!

Speaker atau presenter yang hebat adalah apabila dia on stage pada minit pertama sahaja je akan menaikkan semangat audience dan audience akan tunggu what's next pula untuk content minit kelima dan tak jemu untuk menunggu pula seterusnya minit kesepuluh, setengah jam, 4 jam dan waima sehari atau seminggu pun.

Audience akan ada perasaan rasa rugi nak angkat diri nak pergi "ambik oksigen" mahupun ke "bilik termenung" apabila seseorang presenter yang power yang high energy dan berimpak tinggi membuat perkongsian.

Speaker yang low energy ataupun yang kurang memberi aura dan semangat tinggi kepada audience , akan merasa content 5 minit pun dah terasa seperti dah lama seolah olah dah memakan masa 1 jam lamanya dan minit ke 10 pun akan terasa lambat je masa bergerak.

Vendor yang hadir membuat perkongsian di program ini kebanyakkannya adalah presenter yang sangat knowledgeable dan berpengalaman bercakap on stage mengenai industri mereka di khalayak ramai dan of coz merupakan subject matters expert.

Dari banyak2 presenter, hingga timbul perasaan semangat membara macam nak meloncat meloncat ke awan apabila mereka beraksi di pentas , saya pilih top 3 presenter tanpa mengikut urutan iaitu 1. Certified Coach Lazada University Malaysia iaitu Coach Bahir ,

2. Madam Tan pengalaman 40 tahun dalam bisnes tayar dan 79 tahun syarikat bergelumang dalam industri serta

3. Wakil syarikat MamaVege sebuah syarikat Berhad yang produk nya telah berada di hampir 10 buah negara yang turut telah ada di rangkaian MyNews.

Coach Ahmad Baahir Baharudin adalah trainer dan Coach yang saya kenali sejak tahun 2012 lagi dan no doubt akan content delivery yang amat bagus serta perkongsian yang dilakukan akan mudah difahami dan diikuti. Namun begitu walaupun telah 10 tahun bersama, saya belum pernah sepentas beraksi dengan beliau lagi walaupun telah bersama sama di platform eUsahawan MDEC dan Lazada University, Alibaba Group.

Madam Tan pula apabila beliau membuat perkongsian, hampir setiap kata kata yang keluar dari mulut beliau adalah padu berisi dan iron woman ini berada di industri yang biasanya diceburi oleh kaum Lelaki.
Merupakan sole distributor tayar jenama Apollo dan wholeseller untuk kebanyakan jenama tayar yang ada di pasaran .Beliau merupakan Top 3 Management dalam Persatuan Tayar Malaysia.
.
Platform yang beliau tawarkan adalah sepert bergelumang selama 3 tahun dibimbing di dalam industri untuk menimba pengalaman dan selepas itu diberikan ruang dan peluang untuk membuka sendiri bengkel tayar dan servis kenderaan.

Wakil dari MamaVege untuk produk self heating vegetarian mempunyai keunikannya tersendiri seperti produknya juga. Produk berstatus halal dengan kilang di Penang dan mempunyai rangkaian restoran di seluruh negara juga mampu bertutur secara fasih bahasa Chinese. Pelanggan Chinese yang dientertain di kaunter akan berlaku komunikasi pertuturan dalam bahasa Chinese . Di atas pentas pula, beliau hebat dan bijak dalam memenangi jiwa audience untuk mendengar perkongsian beliau.

Kesimpulannya setiap bait tutur ketiga tiga mereka mempunyai sinonim dari segi high energy dan high impact presentation and sharing. Senantiasa dinanti nantikan oleh audience what's next dan terasa tiupan semangat membara bangsa usahawan kepada yang mendengarnya.

Beruntung kepada peserta Alor Setar nanti kerana mereka bertiga insya Allah akan memanaskan lagi sekali pentas untuk berkongsi pengetahuan dan bidang mewakili vendor masing2 .

Namun begitu, ianya tidak menidakkan sama sekali kehebatan perkongsian daripada vendor2 lain yang berjumlah 14 vendor seperti dari SSM, PERKESO, Wakil BSN, Telco OneCents (syarikat Fintech anak syarikat Berhad yang telah listed di Bursa UK), Dermaga, Aida Fitness, Menara Alor Setar dan lain2.

Perkongsian terbaru oleh seorang lagi presenter yang saya kagumi seorang Chinese yang akan berkongsi mengenai konsep beramal, infaq dan berlindung bagi pihak Yayasan Anak Yatim atau Miskin Malaysia

Banyak surprise bakal berlaku di Alor Setar nanti. Sama sama kita nantikan.

Jumpa di Alor Setar

Countdown 3 Hari lagi
14 Vendor
200 Usahawan

#Mysesku